RUMAH ATAS NAMA SUAMI DAN ISTERI, BERLAKU KEMATIAN KEPADA SUAMI, BAHAGIAN RUMAH ATAS NAMA SUAMI AKAN JADI MILIK SIAPA?
Ramai yang beranggapan, sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemilik rumah, bahagian tersebut akan jadi milik pasangan secara automatik. Namun, sebaliknya, apa yang berlaku, apabila salah seorang meninggal dunia, rumah bahagian si mati akan menjadi pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid.
Proses pembahagian bahagian rumah akan menjadi sukar sekiranya si mati meninggalkan;
Ini kerana dalam proses tuntutan pusaka yang melibatkan hartanah seperti rumah, waris perlu tahu dan mempunyai ilmu mengenai pusaka supaya proses tuntutan pusaka dibuat di saluran yang tepat dan betul. Ini penting demi memastikan waris-waris tidak mengeluarkan kos yang tidak sepatutnya sepanjang proses tuntutan pusaka dibuat
Bagaimana pembahagian faraid setiap waris dalam rumah tersebut akan dikira?
Kita andaikan nilaian rumah yang dibeli oleh sepasang suami isteri bernilai RM1 juta. Sekiranya mereka adalah pemilik bersama, maka bahagian rumah suami adalah 50% begitu juga bahagian isteri 50%.
Kalau di ambil kira bahagian 50% suami dari nilaian rumah RM1 juta, maka bahagian pemilikan suami dalam rumah tersebut adalah RM500,000.
Waris Faraid Asas yang layak mewarisi pusaka ada 5 iaitu
Perlu di ingat, faraid setiap orang berbeza-beza. Dalam kes ini kita ambil contoh suami ini masih mempunyai ibu, ayah, isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Maka kiraan bahagian faraid waris dalam rumah tersebut adalah seperti dalam mock up sijil faraid berikut;
Persoalan yang mungkin timbul dari sini;
Jadi Apakah Solusi Terbaik?
Sekiranya anda dalam kategori yang membeli rumah secara bersama dengan pasangan atau ahli keluarga lain, ada dua perkara yang perlu dititik beratkan dalam merancang harta.
Pertama, untuk mengenal pasti individu yang akan menjadi pentadbir harta akan datang yang akan bertanggungjawab untuk menguruskan pusaka tersebut sehingga selesai.
Kedua, pemilik harta perlu mengenal pasti apakah hasrat-hasrat tertentu yang mereka ada semasa hidup. Dalam memastikan sesuatu hasrat tercapai, perancangan harta seperti menghibahkan harta tersebut adalah sangat penting dalam memastikan hasrat pemilik harta tercapai.
Kausar Wealth Management Sdn Bhd
B-G-29,Dataran Cascades,
No 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara, PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Dina Syukrah Binti Zakaria
013 394 0002
dinasyukrah@gmail.com
Mohd Faizal Majnis
019 607 7006
faizalmajnis@gmail.com