“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui”
(QS. Al Baqarah: 188)
Fakta:
“Sejumlah RM70 billion (2020) harta pusaka yang beku,
90% adalah orang milik orang Islam, khususnya orang melayu.
Jumlah ini jika di simpan di dalam bank, dividennya sahaja boleh membiayai kos pengurusan 10 universiti selama 20 tahun!”
Dina Syukrah Zakaria dan pasangan, Mohd Faizal Majnis adalah ikon pewarisan dalam industri Pewarisan Harta Islam yang memberi khidmat nasihat untuk membantu umat Islam merancang pewarisan harta mereka semasa hidup. Tidak seperti perunding wasiat atau perunding pewarisan yang lain, kepakaran Dina Syukrah Zakaria dan Mohd Faizal Majnis adalah mereka mempunyai kemahiran mendiagnosis faraid pelanggan menggunakan sistem FAST yang terbukti membantu dalam memberikan solusi pewarisan yang holistik dan terjamin kepada pelangggan dan waris-waris mereka.
Antara isu pusaka yang paling kerap kita dengar adalah semua waris bertelagah kerana pusaka.
Semuanya berpunca dari keengganan waris-waris bermuafakat dalam isu pusaka dan tidak bersetuju dengan pembahagian faraid. Ketahui punca kepada isu harta pusaka jadi harta puaka.
Kerapkali yang berlaku dalam masyarakat adalah menilai sesuatu dari sudut persepsi dan bukan nya realiti.
Banyak salah faham yang berlaku berpunca dari kurangnya ilmu tentang pusaka menyebabkan pergaduhan seterusnya menjadi punca pusaka terbeku.
Jom dengarkan apakah persepsi vs realiti yang sebenar.
Urus pusaka melibatkan emosi, ada ketika waris tidak sefahaman menyebabkan kesukaran menguruskan tuntutan pusaka dibuat
Ada waris yang tak faham dan tahu hukum makan harta bathil atau harta anak yatim adalah haram disisi agama.
Proses tuntutan pusaka bukan lah yang sukar menyebabkan waris buntu untuk selesaikan proses pusaka
Waris perlu berkorban masa dan tenaga untuk selesaikan isu pusaka. Tuntutan pusaka tidak boleh selesai hanya dalam satu hari
Selain masa, waris juga perlu memperuntukkan sejumlah kos kewangan untuk menyelesaikan isu pusaka dan kos tuntutan pusaka bukan percuma
Ramai pemilik beranggapan waris tahu untuk menguruskan pusaka hakikatnya untuk membuat tuntutan pusaak memerlukan ilmu dan kepakaran
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala” – Surah An-Nisa, 10
RAMAI YANG BERANGGAPAN;
RUMAH ATAS NAMA SUAMI DAN ISTERI, BERLAKU KEMATIAN KEPADA SUAMI, BAHAGIAN RUMAH ATAS NAMA SUAMI AKAN JADI MILIK SIAPA?
Ramai yang beranggapan, sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemilik rumah, bahagian tersebut akan jadi milik pasangan secara automatik. Namun, sebaliknya, apa yang berlaku, apabila salah seorang meninggal dunia, rumah bahagian si mati akan menjadi pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid.
Proses pembahagian bahagian rumah akan menjadi sukar sekiranya si mati meninggalkan;
Ini kerana dalam proses tuntutan pusaka yang melibatkan hartanah seperti rumah, waris perlu tahu dan mempunyai ilmu mengenai pusaka supaya proses tuntutan pusaka dibuat di saluran yang tepat dan betul. Ini penting demi memastikan waris-waris tidak mengeluarkan kos yang tidak sepatutnya sepanjang proses tuntutan pusaka dibuat
Bagaimana pembahagian faraid setiap waris dalam rumah tersebut akan dikira?
Kita andaikan nilaian rumah yang dibeli oleh sepasang suami isteri bernilai RM1 juta. Sekiranya mereka adalah pemilik bersama, maka bahagian rumah suami adalah 50% begitu juga bahagian isteri 50%.
Kalau di ambil kira bahagian 50% suami dari nilaian rumah RM1 juta, maka bahagian pemilikan suami dalam rumah tersebut adalah RM500,000.
Waris Faraid Asas yang layak mewarisi pusaka ada 5 iaitu
Perlu di ingat, faraid setiap orang berbeza-beza. Dalam kes ini kita ambil contoh suami ini masih mempunyai ibu, ayah, isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Maka kiraan bahagian faraid waris dalam rumah tersebut adalah seperti dalam mock up sijil faraid berikut;
Apa itu hibah?
Hibah dari segi definisi bermaksud pemberian kepada sesiapa sahaja atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Harta yang telah dihibahkan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.
Apa itu wasiat?
Wasiat untuk orang Islam pada asasnya terbahagi kepada 2 jenis dan berkuatkuasa selepas kematian;
a) Wasiat Pentadbiran
Wasiat pentadbiran digunakan untuk pemilik melantik pentadbir semasa hidup untuk urusan selepas kematian bagi memdapatkan perolehan kuasa di mahkamah tinggi sivil (harta pusaka >2juta).
b) Wasiat 1/3
Wasiat 1/3 adalah untuk digunakan oleh pemilik bagi tujuan pemberian kepada bukan waris atau tujuan amal jariah dan pada jumlah tidak melebihi 1/3 dari harta pusaka bersih.
“Barangsiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka Allah akan menghimpitnya dengan tujuh lapis tanah (bumi)” – HR Muslim 3025
Seseorang pemilik perniagaan boleh merancang bagaimana perniagaan boleh diteruskan selepas ketiadaan mereka dan memberi manfaat bukan hanya kepada waris malah kepada perkerja serta ekonomi umat Islam secara keseluruhannya.
Membina Legasi Bergenerasi didalam perniagaan atau “Build to Last Organisation” adalah antara cita-cita usahawan yang berwawasan. Sesuatu organisation perniagaan yang berjaya seringkali mengambil masa untuk membina agar dapat berdaya mampan, berkembang dan menguntungkan.
Oleh itu adalah lumrah untuk pemilik perniagaan mahukan perniagaan mereka terus memberi manafaat kepada diri beliau sendiri, keluarga, pemegang saham, pengendali syarikat, perkerja syarikat dan ummah bergenerasi lamanya setelah pemilik meninggal dunia.
1. Kewujudan perniagaan (pilihan entiti yang tidak tepat etc enterprise/sdn bhd/berhad)
2. Pemilikan saham syarikat (isu pewarisan, waris faraid)
3. Pengurusan perniagaan (isu pegurus yang kompeten)
4. Isu penandatangan cek (aliran keuarmasuk terjejas krn penandatangan)
1. Membina barisan kepimpinan dikalangan ahli keluarga.
2. Mengalakkan keusahawan dikalangan ahli keluarga.
3. Mengekalkan harta dan manfaat dapat dinikmati bergenerasi.
4. Memperuntukan dana untuk sedeqah dan amal jariah.
5. Mengekal dan memperkukuh siratulrahim dikalangan ahli keluarga.
6. Mengintegrasikan harta persendirian and perniagaan agar boleh diuruskan oleh professional.
Barangsiapa yang mengambil harta saudaranya dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan masuk surga. Lalu ada seorang yang bertanya, “Wahai Rasulullah, meskipun hanya sedikit?” Beliau menjawab, “Meskipun hanya sebatang kayu araak (kayu untuk siwak)“ (HR. Muslim)
Kausar Wealth Management Sdn Bhd
B-G-29,Dataran Cascades,
No 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara, PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Dina Syukrah Binti Zakaria
013 394 0002
dinasyukrah@gmail.com
Mohd Faizal Majnis
019 607 7006
faizalmajnis@gmail.com